Kajian Lapangan Kuala Lumpur 18 Disember 2025
MEMAHAMI DINAMIK PENDUDUK DI BANDARAYA KUALA LUMPUR HGM 3033 GEOGRAFI PENDUDUK (A251) KUMPULAN B Disediakan oleh : 1)MUHAMAD SOLEHIN BIN MAHAZAN (D20241111926) 2)MUHAMMAD NAJIB BIN SHARIL AZNAN (D20241111927) 3)MUHAMMAD RIZWAN BIN MASJAN (D20231106472) 4)NURIN NAJWA BINTI ZAMZUDIN (D20221102371) Perjalanan Lawatan Di Jabatan Perangkaan Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Rombongan pelajar tiba di pintu masuk Wisma FGV dan disambut oleh staf keselamatan bertugas. Staf tersebut mengiringi rombongan menggunakan lif ke pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang berada di tingkat 14 dan 15. Di tingkat tersebut, Tuan Izwan (pegawai yang ditugaskan mengendalikan rombongan) mengiringi rombongan ke kaunter pendaftaran bagi mematuhi protokol keselamatan dan rekod rasmi jabatan. Seterusnya, rombongan dibawa ke dewan mesyuarat yang dilengkapi skrin monitor pada meja untuk setiap peserta, projektor di bahagian belakang, serta podium berucap di bahagian depan. Setiap pelawat menerima b...